Di akhirat, wanita
akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan
untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan
peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah
serta berwaspada
akan tanggungjawab yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah
tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia
membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau
dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka
oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan
tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan
untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami
mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa
tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya
sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu
abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik
perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke
neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang
anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila
ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan
disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat
betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun
tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau
anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang
yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang
keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada
mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(At Tahrim : 6)
Harga seseorang
muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan
SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk
syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan
peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam...
Sumber : http://www.alkhudhri.com